Tuesday, 13 July 2021

Durrani - UNTUKMU

 Terbitan 2002 oleh Rabbani Production dan edaran oleh Nadi Permata.

Lagu lagu dalam album ini enak didengar. Lirik yang bermanafaat dan tidak abstrak. Vokal mereka matang. Rekabentuk kulit album juga menarik. Berbaloi memilikinya.

Sayangnya mereka bertahan untuk 1 album sahaja...



Runut lagu:

Asmaul Anbia'

Untukmu

Kembara

Hakikat

Wanita

Ya Syabab

Anugerah

Kuhargai Kasih

Untukmu - minus one

Kembara - minus one



Thursday, 11 March 2021

BAIDURI... 1997

Grup nasyid saya pernah buat persembahan bersama-sama dengan mereka sebelum mereka keluarkan album. Masa itu mereka menggunakan nama PENAWAR HATI.

Mereka ini adalah anak didik NadaMurni.,


Baiduri adalah pelajar SM Seberang Jaya, Pulau Pinang. Mereka sebenarnya ada 14 anggota termasuk pemain muzik.

Selalu mengadakan persembahan di program tempatan.

Salah seorang anggota Ahmad Sany Araby sekarang ini seorang ahli perniagaan dan terlibat dengan aktiviti kemanusian peringkat internasional.

Album ini diterbitkan oleh Sohibul Fadil Sabikin.

HIJRAH - DIA YANG MAHA KUASA

Grup ini berasal dari Johor. Album tidak bertarikh ini menampilkan 10 lagu + 2 minus 1.

Terbitan RFC Entertaiment dengan 5 ahli.



Monday, 22 June 2020

Koleksi SAFFONE

Saja nak up koleksi album SaffOne sejak mereka bernama Nahwan Nur lagi. Kebanyakannya aku beli di tahun album ini dikeluarkan.

Rasa bertuah dapat memiliki album mereka ini. Kebanyakan lagu lagubya lebih kepada mendidik hati.

Aku kenal dengan sebahagian dari mereka ini ketana kami betada di bawah satu jamaah.

Muga terus istiqomah dalam perjuangan dakwah melalui medium nasyid.


Boleh juga klik di sini...  ( facebook).