Sunday, 30 January 2022

Nahwan Nur - Di Kala Hati Bercahaya

Nahwan Nur adalah artis di bawah OVA Production. Album ini adalah album ke 4 mereka selepas Album Persada Nurani.

Suka dengar album ini. Disamping 100% mengekalkan muzik dari alatan perkusi, senikatanya juga berteraskan konsep ukhwah dan keimanan.

Rasa beruntung berpelug memiliki cd dan kaset album ini. Masih tertulis tarikh beli cd itu pada 25/10/1996...

Boleh dengar album penuh mereka di sini:

:https://youtu.be/_quZyRpOgIg

Saturday, 28 August 2021

Kembalilah Kasih - SUARA HATI

Aku nak tulis pula tentang album ini. Aku beli pada 4 September 1996. Kira dah 30 tahun lebih usia kaset ini namun masih tetap utuh fizikal dan bunyinya bila dimainkan.

Aku ada mencari infonya. Boleh baca di sini:


Nah, aku belanja satu lagu juga melalui akaun fb ku. Lagu asal tak boleh muatnaik di sini sebab melebihi kuota.




Muziknya sedap didengar walaupun bukan menggunakan alat perkusi yang asli. Liriknya juga bagus dan mudah difahami.


Saturday, 17 July 2021

Panggilan Haji - El Suraya

Tak lama lagi Aidi Adha. Lagu ini memang penuh dengan kenangan tika aku kecil...



Friday, 16 July 2021

DURANNI - UNTUKMU

 Album terbitan 2002 oleh Rabbani Production.

Lagu lagu dalam album ini enak didengar. Lirik yang bermanafaat dan tidak abstrak. Vokal mereka matang. Rekabentuk kulit album juga menarik. 

Sayangnya mereka bertahan untuk 1 album sahaja...


https://youtube.com/channel/UCds1mwz4YwfN3Ujq9z6so_g