Semalam aku bawa istri ke Kulim untuk belikan beberapa helai baju pakai harian. Baju-baju yang sedia ada dah bertas dan koyak.
Cuaca panas yang berlarutan sejak berbulan-bulan ini akibat fenomena el-nino bikin aku mengintai warong minuman.
Terpampang besar nama Laksa Sotong di seberang jalan dengan tagline - Laksa Sotong Abang Sombong - menggamit selera untuk singgah.
Aku beli sepinggan untuk istri, makan di kereta. Tambah dengan 2 bungkus air kelapa ikat tepi.
Aku cuma rasa sesudu kerana belum lapar. Huu... jika ada 10 bintang, 8 bintang aku berikan kepada rasa laksa dan air kelapa ini. Memang pergh!
Aku panjangkan pujian ini kepada taukeso warong. Panjang senyumnya dan berkali-kali ucap terima kasih.
Aku tak lupa memanjangkan penemuan baik ini di facebook sebagai info kepada friends sekaligus tolong promo bisnes orang kita...