Friday 2 November 2018

CAHAYA HATI - PASRAH

tentang album debut grup CAHAYA HATI yang baru aku terima tengahari tadi.
.
beberapa lagu menggunakan adunan alat bunyi selain perkusi lebih kepada memenuhi citarasa generasi kini sedangkan pada aku yang menua dengan nasyid zaman NadaMurni, muzik sebagaimana ini agak kurang menyentuh kalbu. namun beberapa lagu lain sebaliknya amat menyenangkan untuk didengari.
.
apapun aku hormati konsep mereka selagimana lirik masih tetap mengajak kepada kecintaan Tuhan dan Rasul. yang ini aku selut dan berasa tidak ralat memiliki album ini. bukan mudah nak memuaskan telinga semua orang.
.
sudah tentunya harapan untuk menikmati nasyid baru tapi masih mengekalkan acuan era 90an umpama bermimpi di siang hari.
.
tahniah PASRAH kerana ikhlas mewarnai dunia nasyid yang semakin pudar. Dunia nasyid perlukan idea yang lebih segar. design inlay juga kalau dapat direkabentuk dengan lebih kreatif akan memberi nilai tambah kepada minat pecinta nasyid untuk membeli.
.
kepada pecinta nasyid aku sarankan untuk memilikinya. boleh hubungi ROSLAN DARUS - 019-955 7491. harga rm27 siap pos sahaja.



No comments:

Post a Comment