Friday, 2 November 2018

CAHAYA HATI - PASRAH

tentang album debut grup CAHAYA HATI yang baru aku terima tengahari tadi.
.
beberapa lagu menggunakan adunan alat bunyi selain perkusi lebih kepada memenuhi citarasa generasi kini sedangkan pada aku yang menua dengan nasyid zaman NadaMurni, muzik sebagaimana ini agak kurang menyentuh kalbu. namun beberapa lagu lain sebaliknya amat menyenangkan untuk didengari.
.
apapun aku hormati konsep mereka selagimana lirik masih tetap mengajak kepada kecintaan Tuhan dan Rasul. yang ini aku selut dan berasa tidak ralat memiliki album ini. bukan mudah nak memuaskan telinga semua orang.
.
sudah tentunya harapan untuk menikmati nasyid baru tapi masih mengekalkan acuan era 90an umpama bermimpi di siang hari.
.
tahniah PASRAH kerana ikhlas mewarnai dunia nasyid yang semakin pudar. Dunia nasyid perlukan idea yang lebih segar. design inlay juga kalau dapat direkabentuk dengan lebih kreatif akan memberi nilai tambah kepada minat pecinta nasyid untuk membeli.
.
kepada pecinta nasyid aku sarankan untuk memilikinya. boleh hubungi ROSLAN DARUS - 019-955 7491. harga rm27 siap pos sahaja.



Sunday, 14 January 2018

Puisi Keinsafan - Budi Murni

Kumpulan nasyid BudiMurni ini adalah kumpulan nasyid dari Majlis Perbandaran Kuantan, Pahang.



Album Puisi Kecintaan yang berkonsepkan muzik nusantara.

Album: Puisi Nusantara
Terbitan: 1996
Penerbitan: Permata Audio Productions
Harga: RM6.00



Susunan lagu:

A
1. Puisi Kecintaan
2. Salam Simpati
3. Sedarlah Wahai Insan
4. Pembela Islam
5. Gema Azan

B
1. Airmata Permata
2. Islam Agama Fitrah
3. Ummah Terpenjara
4. Alat dan Matlamat



Secara dasarnya lagu-lagu dalam album ini tidak mengewakan untuk di dengar.

Untuk dengar sebahagian dari lagu mereka boleh klik di sini:


Thursday, 21 December 2017

ASMAUL HUSNA - PUTERA PUTERA YAYASAN AL ARQAM


Tajuk: 99 Nama Nama Allah
Bentuk: kaset
Gerne: nasyid
Tahun keluaran: tidak dinyatakan
Terbitan: Odio Video Al Arqam

Senarai lagu:
Muka A - Asmaul Husna
Muka B - Asmaul Husna

Ada 5 track lagu di setiap muka A dan B dengan judul lagu yang sama. Rakaman lagu adalah versi asal, bukan versi yang selalu kedengaran di radio atau tv.

Agak boring juga untuk dengar habis hingga satu pusingan pita kerana 'lagu' yang sama tapi jika sambil memandu dengan niat berzikir, orait lah juga.



Saya beli dengan harga rm14 termasuk pos laju. Agak berbaloi juga kerana kaset ini sudah amat langka di pasaran. Terasa diri bertuah kerana berjaya memiliki koleksi ini...

Saturday, 9 December 2017

12 Lagu Terbaik Vol 2 - Ebiet G Ade



Album ini mengumpulkan 12 lagu-lagu terbaik Ebiet G Ade di sepanjang 10 tahun penglibatan beliau di arena lagu-lagu puisi ( 1979~1989 ).

Terbitan: SCS ( Suara Cipta Sempurna )
Kod album: CD8219

Susunlagu:

1. Titip rindu buat ayah. (5.21) album IV '81
2. Camellia 1.  (4.30) album I '79
3. Camellia II.   (4.05) album II '79
4. Camellia III.  (5.08) album III '80
5. Camellia IV.  (4.58) album IV '81
6. Kalian dengarkan keluhanku  (4.41)          album III '80
7. Nyanyian pendek buat anak manis berambut panjang. (4.22) album IV '81
8. Nasihat pengemis untuk istri serta doa untuk hari esok mereka  (5.18) album 1 '79
9. Dosa siapa ini, dosa siapa. (5.01) album III '80
10. Senandung jatuh cinta. (4.16) album IV '81
11. Gadis remang remang. (4.22) album VIII '85
12. Anak. (5.30) album VIII '86

Album ini adalah antara album EGA kesayanganku.

Aku juga sedang mencari vol 1 yang susah juga dilihat di pasaran atas talian. Kalau adapun harganya tinggi kerana permintaannya laris.