Thursday 21 December 2017

ASMAUL HUSNA - PUTERA PUTERA YAYASAN AL ARQAM


Tajuk: 99 Nama Nama Allah
Bentuk: kaset
Gerne: nasyid
Tahun keluaran: tidak dinyatakan
Terbitan: Odio Video Al Arqam

Senarai lagu:
Muka A - Asmaul Husna
Muka B - Asmaul Husna

Ada 5 track lagu di setiap muka A dan B dengan judul lagu yang sama. Rakaman lagu adalah versi asal, bukan versi yang selalu kedengaran di radio atau tv.

Agak boring juga untuk dengar habis hingga satu pusingan pita kerana 'lagu' yang sama tapi jika sambil memandu dengan niat berzikir, orait lah juga.



Saya beli dengan harga rm14 termasuk pos laju. Agak berbaloi juga kerana kaset ini sudah amat langka di pasaran. Terasa diri bertuah kerana berjaya memiliki koleksi ini...

Saturday 9 December 2017

12 Lagu Terbaik Vol 2 - Ebiet G Ade



Album ini mengumpulkan 12 lagu-lagu terbaik Ebiet G Ade di sepanjang 10 tahun penglibatan beliau di arena lagu-lagu puisi ( 1979~1989 ).

Terbitan: SCS ( Suara Cipta Sempurna )
Kod album: CD8219

Susunlagu:

1. Titip rindu buat ayah. (5.21) album IV '81
2. Camellia 1.  (4.30) album I '79
3. Camellia II.   (4.05) album II '79
4. Camellia III.  (5.08) album III '80
5. Camellia IV.  (4.58) album IV '81
6. Kalian dengarkan keluhanku  (4.41)          album III '80
7. Nyanyian pendek buat anak manis berambut panjang. (4.22) album IV '81
8. Nasihat pengemis untuk istri serta doa untuk hari esok mereka  (5.18) album 1 '79
9. Dosa siapa ini, dosa siapa. (5.01) album III '80
10. Senandung jatuh cinta. (4.16) album IV '81
11. Gadis remang remang. (4.22) album VIII '85
12. Anak. (5.30) album VIII '86

Album ini adalah antara album EGA kesayanganku.

Aku juga sedang mencari vol 1 yang susah juga dilihat di pasaran atas talian. Kalau adapun harganya tinggi kerana permintaannya laris.

Monday 11 September 2017

UMMIKU SAYANG - Mawardah



UMMIKU SAYANG
Mawardah
1994 OVA Productions
Kod album: 1041

Susun lagu:


Di sebalik tabir:


Kaset ini aku beli untuk pendengaran anak - anakku semasa mereka masih pra sekolah. Sekarang mereka dah dewasa. Cuma aku sahajalah yang mendengarkannya bersama istri sambil mengenang manisnya memori lalu yang tak akan kembali lagi...




Tuesday 22 August 2017

JUNJUNGAN MULIA 3


JUNJUNGAN MULIA 3 adalah album kompilasi nasyid gabungan RAIHAN, NOWSEEHEART, HIJJAZ, SAUJANA, HUDA, ALARMME dan BROTHERS.

Menampilkan lagu baru sebagai daya penarik pasaran bertajuk 'JUNJUNGAN MULIA'.

Penerbit Album:
Arab

Rekabentuk Album:
NizamHarraz

Terbitan:
Warner Music 2002

Kod Album:
0927 46356-4

SusunLagu:

Side A
1.   Junjungan Mulia - Raihan/Nowseeheart/Hijjaz/InTeam/Saujana  4:12
2.   Nabi Anak Yatim - Raihan / Nowseeheart  5:45
3.   Lukisan Alam - Hijaz  4:32
4.   Man Ana - Brothers  4:31
5.   Suci Sekeping Hati - Saujana  3:14
6.   Untukmu Teman - Brothers  4:55
7.   Al-Hijrah - Raihan  4:09

Side B
8.   Sebelum Terlena - Hijjaz  4:36
9.   Bulan-Bulan Islam - Alarmme  3:36
10. PadaMu selamanya - Saujana  4:55
11. Cahaya Selawat - Raihan  4:10
12. Persandaran - Nowseeheart  4:41
13. Habiballah - Huda  5:07
14. I'tiraf - Raihan / Yasin / Putera Puteri Raudhan  4:06

Monday 21 August 2017

KELAHIRAN - PUTERA YAYASAN AL ARQAM


PENTAS SATU
Persembahan Nasyid dan Puisi Islam
oleh Putera-Putera Yayasan Al Arqam

Sajak:
Ashaari Muhammad
Nora

Deklamator:
Badrin
Dinie Jurie

Terbitan:
M.C Production

Edaran:
OVA Production
23-B, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.

Tahun:
Tidak dinyatakan. Kemungkinan sekitar 80an.

Kod:
K1001

SusunLagu:

Muka Satu:
Sifat-Sifat Allah
Sajak - KELAHIRAN
Allahummarhamni
Kebesaran Al Quran
Di Pondok Kecil

Muka Dua:
Tolaal Badru Alaina
Sepohon Kayu
Sajak - SAKARATUL MAUT
Selimut Putih

Sunday 20 August 2017

AL ANWAR



Rahmaka Ya Rabb 1992
Senandung Kesyukuran 1996
Indahnya Kalam Tuhan 1997

Wednesday 24 May 2017

Berkongsi Koleksi


Memang mulanya aku berkira-kira nak jadikan blog ini adalah blog ketiga selain blog pertama - insan marhaen dan blog kedua - sri mersing. Tapi kemudiannya menjadi malas nak urus sebab tak berjaya mencari konsep apa yang nak aku aplikasikan.

Akhir sekali, bila menyusuri blog rakan Indonesiaku - sukanimuzik, aku terfikir pula untuk merakamkan koleksi kaset dan cd yang ada beratus-ratus dalam almariku. Mungkin tak ada pembaca yang minat mengikuti tapi bukan mustahil juga ada terutama peminat tegar muzik.

Apapun, seperti juga blogger Heri Sukani, pemilik blog sukanimuzik, aku akan menulis tentang koleksi cd dan kaset yang aku miliki ini sekadar untuk suka-suka. Untuk berkongsi info khazanah muzik Malaysia yang menjadi sebahagian dari rempah ratus kehidupanku sedari remaja hingga ke tua.

Buat masa ini, nama blog aku biarlah kekal dengan 'Opera' sehinggalah aku temui nama yang lebih baik.

Muga catatan aku ini kelak bermanafaat untuk diri sendiri kalau pun tidak untuk orang lain.