Monday 28 March 2022

Harapan Ramadhan

Lagu dari album Maafkan oleh Raihan. Track 2 side A - Harapan Ramadhan feat Man Bai.

Album ini memuatkan 10 lagu pada rilisan pertama (warna oren) dan 11 lagu (tambahan lagu pada track 6 side B) untuk keluaran tahun selepasnya.

Maaflah, saya tak dapat memberi maklumat lebih banyak kerana penglihatan yang kurang tajam sejak akhir akhir ini.





Sunday 27 March 2022

Ahlan Wa Sahlan - NadaMurni

Sempena Ramadhan yang tak lama lagi tibanya, aku muatnaik lagu ini yang terdapat dalam album Neraca Taqwa oleh Nada Murni.

Album ini keluaran OVA Production yang aku beli pada 7/2/1996. Rasanya antara album terakhir sebelum Al Arqam di bubarkan.

Lagu ini terdapat pada muka  1 track 1.

Album ini mengandungi 3 lagu puasa pada side 1:

1. Ahlan wa sahlan

2. Alangkah agungnya ramadhan

3. Pengisian ramadhan


dan 3 lagu raya pada side 2:

1. Hari raya penutup puasa

2. Hari ini hari bersedih

3. Perasaanku di hari raya