Showing posts with label Prolog. Show all posts
Showing posts with label Prolog. Show all posts

Wednesday, 24 May 2017

Berkongsi Koleksi


Memang mulanya aku berkira-kira nak jadikan blog ini adalah blog ketiga selain blog pertama - insan marhaen dan blog kedua - sri mersing. Tapi kemudiannya menjadi malas nak urus sebab tak berjaya mencari konsep apa yang nak aku aplikasikan.

Akhir sekali, bila menyusuri blog rakan Indonesiaku - sukanimuzik, aku terfikir pula untuk merakamkan koleksi kaset dan cd yang ada beratus-ratus dalam almariku. Mungkin tak ada pembaca yang minat mengikuti tapi bukan mustahil juga ada terutama peminat tegar muzik.

Apapun, seperti juga blogger Heri Sukani, pemilik blog sukanimuzik, aku akan menulis tentang koleksi cd dan kaset yang aku miliki ini sekadar untuk suka-suka. Untuk berkongsi info khazanah muzik Malaysia yang menjadi sebahagian dari rempah ratus kehidupanku sedari remaja hingga ke tua.

Buat masa ini, nama blog aku biarlah kekal dengan 'Opera' sehinggalah aku temui nama yang lebih baik.

Muga catatan aku ini kelak bermanafaat untuk diri sendiri kalau pun tidak untuk orang lain.

Monday, 11 April 2016

Laksa Sotong Taman Cekur Manis



Semalam aku bawa istri  ke Kulim untuk belikan beberapa helai baju pakai harian. Baju-baju yang sedia ada dah bertas dan koyak.

Cuaca panas yang berlarutan sejak berbulan-bulan ini akibat fenomena el-nino bikin aku mengintai warong minuman. 

Terpampang besar nama Laksa Sotong di seberang jalan dengan tagline - Laksa Sotong Abang Sombong - menggamit selera untuk singgah.

Aku beli sepinggan untuk istri, makan di kereta. Tambah dengan 2 bungkus air kelapa ikat tepi. 

Aku cuma rasa sesudu kerana belum lapar. Huu... jika ada 10 bintang, 8 bintang aku berikan kepada rasa laksa dan air kelapa ini. Memang pergh!

Aku panjangkan pujian ini kepada taukeso warong. Panjang senyumnya dan berkali-kali ucap terima kasih. 

Aku tak lupa memanjangkan penemuan baik ini di facebook sebagai info kepada friends sekaligus tolong promo bisnes orang kita...

Tuesday, 5 April 2016

Kado Kecil Buat Istri



Seperti juga nama blog, url bagi blog ini juga mengguna nama salah satu lagu Ebiet G Ade. Begitulah fanatiknya aku dengan penyanyi lagu-lagu puisi dari Indonesia ini.

Aku meminati lagu-lagu Ebiet G Ade semenjak belajar di Institut Kemahiran MARA tahun 1981~1982. Ketika itu pelatih dari Serawak kerap memutar kaset beliau melalui mini-compo di bilik hostel.

Kado Kecil Buat Istri adalah tanda penghargaanku kepada istriku yang telah menjadi teman hidup selama 30 tahun.

Diharapkan segala peristiwa yang aku rakam di blog ini dan blog sebelumnya akan menjadi sebuah biografi buat tatapan anak cucu nanti, jika mereka mengetahui dan sudi menela'ah.

Monday, 4 April 2016

Opera Tukang Beca


Nama blog 'OPERA' ini diambil sempena lagu Ebiet G Ade. Lagu ini mengisahkan tentang hidup seorang pengayuh beca yang aku persiskan diriku: yang berusaha memakmurkan hidup biar serba payah.

Aku tidak berhasrat untuk mengkomersialkan blog ini seperti blog sebelumnya. Blog ini lebih kepada catatan untuk diri sendiri; yang isinya hanya berkisar tentang aku dan istri.

Kepada sesiapa yang singgah di sini kemudiannya terus ikuti... terima kasih. Aku cuma blogger biasa sahaja yang memang suka menulis secara 'syok sendiri' semenjak bangku sekolah lagi.